Pelaksanaan rangkaian generasi kelima (5G) secara Rangkaian Borong Tunggal (SWN) menerusi Digital Nasional Berhad (DNB) bakal membolehkan rakyat menikmati kemudahan perkhidmatan itu pada kadar lebih murah.<br /><br />Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ini kerana hanya satu syarikat yang terlibat dalam penyediaan infrastruktur manakala syarikat telekomunikasi akan memfokus kepada penyediaan perkhidmatan.